Kawan2 ku :)


Wednesday, 6 March 2013

Analisis kes pencerobohan Lahad Datu

For sure ramai yang da taw kes yang menggemparkan negara kita kan..kes Lahad Datu..
n Fieza sure ada gak antara kita yang masih tertanye2 pe sebenar nye yang jadi kan...so Fieza just share info yang fieza dapat..
same2 la kite hayati n mendoakan pejuang negara kite selamat di sana..

#sebak bile fikirkan Malaysia berperang sekarang..
isu politik pertaruhkan keselamatan negara..hurrrmmm

Analisis: Pencerobohan Lahad Datu Oleh ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’

gempur
1. Siapakah Yang Menceroboh?
Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.
tenterasultan

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?
Tidak.
Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:
Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.
Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.
mahakuttah
Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?
‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:
“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?
Ya.
Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.
Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?
Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.
Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.
Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.
maimbung
Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?
Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.6
manila
The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.
ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:
A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.7
(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)
abs
ABS-CBN News melaporkan seorang pegawai tentera Filipina memberitahu Reuters bahawa kumpulan penceroboh telah diundang seorang ahli politik pembangkang.
The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya samada laporan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang menjemput kumpulan penceroboh tersebut ke Sabah adalah benar, menjawab:
Who is the one who gave it?8
(Siapa yang beri?)

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?
Tidak.
Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak RM5,300 setiap tahun9 kepada waris Sultan Sulu.
Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:
1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.
2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.
cession

8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?
Royal House of Sulu10, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.
Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?
Tidak.
Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkanMemorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.
Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.
427
Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.

10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?
Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.
Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagaiJabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre(Pembunuhan Corregidor).
William Larousse11, Michael Leifer12, Andrew T. H. Tan13 dan Alfred W. McCoy14 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?
Tipis.
Pertama, undang-undang antarabangsa yang ditadbir oleh ICJ menolak tuntutan kedaulatan berdasarkan semata-mata kepada hak milik bersejarah (historic title), selepas referendum atau pungutan suara dilakukan:
Modern international law does not recognize the survival of a right of sovereignty based solely on historic title; not, in any event, after an exercise of self-determination conducted in accordance with the requisites of international law, the bona fides of which has received international recognition by the political organs of the United Nations.15
[Undang-undang antarabangsa moden tidak mengiktiraf kemandirian hak kedaulatan yang berdasarkan semata-mata kepada hak milik bersejarah; tidak, dalam apa juga peristiwa, selepas penggunaan hak penentuan diri (self-determination) dilakukan mengikut keperluan undang-undang antarabangsa, bona fide yang mendapat pengiktirafan antarabangsa oleh badan-badan politik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.]
Kedua, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.
Ketiga, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
Geran yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.
Keempat, geran yang ditandatangani antara British North Borneo Companydan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.
Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:
Article 3
The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.
(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)16
Kelima, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.
Keenam, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.
Ketujuh, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.
Kelapan, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15
Kesembilan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.
Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

kredit to: Sumber   

Thank sudi baca entry Fieza!!Like if kowang suke k :)

Tuesday, 5 March 2013

PENANG!!! I'm BACK!!!!!!!- Part 2

Ok la...hari ni Fieza nak sambung cerita psal life kat Penang..Aritu Fieza cakap nak sambung cite kan bile fieza balik dari Penang..haaa...
Seriously...best sangat dapat balik semula kat Penang..tempat yang banyak mengajar fieza tentang hidup...
(#jumpa buah aty pon kat sane..hehehe..gatay =D)

Sebenar nye Fieza balik Penang ritu atas permintaan orang2 yang Fieza sayang...kat sane fieza amik course nursing...tapi fieza n 24 owang classmate yang lain sponsor by gov..so after tis fieza akn keje kat hospital goverment la...xtaw la posting kat mane..

tanggal 13 Disember 2012 ritu,kitowang sit for Nursing Board Malaysia Examination....alhamdulillah...fieza lulus...tapi yang sedih nye bukan sume 30 owang dri kls fieza lulus...awal nye kitowang dapat berita dari kolej yang 100% lulus...tyme tu Allah je yang taw macam mane excited nye fieza n kawan2 yang lain...masing2 call n ucap congrate..post kat facebook...n dapat ucapan congrate dari pihk kolej,ex senior,junior2 n semua la...
Tapi 2-3 ari lepas berita tu,kitowang dapat taw yang ada 3 orang x past exam...n fieza plak dapat taw berita ni dari Peremkumar..adik angkat fieza...

& yang paling mengejutkan fieza,orang yang failed tu orang yang same2 berjuang ngan fieza slame ni...yang kongsi segala pahit manis ngan fieza,yang sentiase ade bile fieza happy,fieza jatuh n bangun semula...tyme tu memang xtaw nak gambarkan macam mane perasaan fieza...sedih sangat...


#Noraini...housemate fieza...yang fieza da anggap adik fieza sendiri..


#Murni...kawan yang x pernah sakitkan aty orang lain..xsuke campur hal orang..ahli stdy group fieza...


#lastly..Nor Laila...housemate fieza..org yang slalu ade tyme fieza susah..tyme senang...owang yang paling banyak pahm fieza n sahabat fieza...

p/s: tahan rase sebak skang ni.. =(

Ya Allah..memang fieza sedih sangat2 dapaat taw...tyme tu fieza rase nak ade di sisi diorang..teman diorang n same2 nangis ngan diorang..bagi semangat kat diorang..hmmm..

N mungkin Allah dengar pe yang kitorang harap...tyme Fieza nak collect certificate fieza bulan 2 ritu...kitowang terjumpa kat stesen bas Butterworth...memang sangat2 x jangka kitowang akan jumpe...
n bile da jumpe...start dari pukul 4pg sampai la 4 ptg...12 jam ade je crite n gelak ketawa same2...
sempat la fieza teman diorang g kolej uruskan hal diowang..dengar rintihan diorang..isi hati diorang...lega sangat2 sebab dapat tenangkan diorang..bagi kate2 semangat kat diorang...n macam yang dah dijanjikan...so Fieza pon balik sumela ke Penang untuk same2 ngan diorang seminggu buat revision kat kolej...

#alamak..da maghrib..to be continue.....



Thank sudi baca entry Fieza!!Like if kowang suke k :)

Monday, 4 March 2013

Step Up Revolution lagi!!!

OK..kali ni..try plak step yang ni...
enjoy giler...
jom TRY same2 (^_^*)

Part 1



Part 2

Part 3


Part 4



Thank sudi baca entry Fieza!!Like if kowang suke k :)

Step Up revolution Dance workout

ok...da jumpe 1 lagi step yang kite ley wat same2...
step ni ley la korang gune kalau rase nak buat performance ke..flashmob ke...x susah sangat..x heavy sangat..
JOM TRY!! :)






Thank sudi baca entry Fieza!!Like if kowang suke k :)

Hilangkan bintik hitam

Kali ni Fieza nak share tip hilang kan bintik hitam/bintik putih kat muke...
Camne bermula nye petua ni...asal nye dari adik Fieza sendiri..die geram sangat tengok kat hidung Fieza ni ade bintik putih..so die pon share la petua yang cikgu dia bagi..
pe bahan nye??
  1. Putih telur
  2. Tisu muka
  3. Essence vanilla(if needed la..kalo x tahan bau telur boleh la gune..)
camne cara nye ek???
  1. Asingkan putih telur daripada kuning telur
  2. then masuk kan la kat mangkuk ke...lagi senang dalam piring yang leper
  3. Pastu,korang amik tisu tadi...x kisah la berapa banyak korang nak guna...korang basah kan tisu tadi rata2 dengan putih telur
  4. Next,korang tampal la kat tempat yang ade bintik2 hitam/putih tu..
  5. Tunggu sampai kering
  6. Tanggal kan
  7. Cuci dengan air seperti biasa...
  8. Amal kan selalu..hehehe
Senang kan...
prinsip nye same je macam korang guna masker yang ada jual kat pasaran sekarang..cuma yang ni lagi natural n xde bahan kimia..selamat digunakan..

Fieza da try...korang bile lagi?? :)

Thank sudi baca entry Fieza!!Like if kowang suke k :)

Homemade Masker...1st trial!!!


Fieza baru je balik dari Penang..settle kan urusan kolej kat sane...then sempat la jumpe adik angkat Fieza n buah hati pengarang jantung kat sane...
#baju biru tu buah aty pengarang jantung...pic tyme celebrate deepavali kat rumah dye..:)
#Perem..boy with red tie tu la adik angkat fieza
 yang x best nye sampai sane adik fieza da tegur.."kak,ur face nw banyak jerawat...better u balik penang,udara melaka x bagus"
dengar camtu fieza terus gelak...yela,dalam nak tegur pasal muke,at same tyme,point sebenar x bagi fieza balik melaka...aiiisshhh
tapi dalam gelak2,betul gak pe cakap dye..sejak balik melaka,fieza da abaikan diri fieza..maklum la..dulu duduk ngan member2..xde keje je belek muke..sekarang da dekat ngan mak..pe lagi..tumpu pada mak n abai diri sendiri..
Da lame x manje kan muke dengan masker..
tapi...bile nak gune..jaammmmmmm...
haaiiissshhhh...masker fieza da habis!!!!alamak..what to do???

Disebabkan natural masker (masker tanah liat Nutrimetics) fieza da habis..maka tercipta la masker fieza ni..hehehe...
nak taw bahan pe fieza buat??haaa ni dia..

  1. Putih telur- yang fieza taw...putih telur ni bukan setakat ley tegang kan kulit..ley jugak hilang kan bintik hitam kat muka kan...haaa
  2. Kulit kayu manis- Fieza guna serbuk kayu manis ni sebab nye mule2 fieza ingat nak guna untuk hilang kan jerawat je...tapi bile pikir2 baik,kayu manis semata letak kat jerawat comfirm2 pedih...so datang la idea nak campurkan dalam putih telur tadi...jadi ke x,no komen la...1st trial kan...baru datang idea..hehe
  3. Limau nipis- semua orang taw limau ni ley mengecutkan kulit..idea asal nye sebab nak hilang kan bau putih telur...tapi sebenar nya limau ni gak mampu kecilkan liang roma taw..haaaa...Fieza gune 2 bijik..tapi gune 1 pon da cukup sebenar nye...cume fieza je nak hilang kan hanyir telur sebab carik essence vanila x jumpe..hehe (macam nak wat kek la plak...)
  4. Serbuk kunyit-????? nak goreng muka ke??haha...xla...xtually Fieza dapat idea guna serbuk kunyit sebab kunyit ni salah satu bahan tradisional pembuatan lulur..nak putih kan kulit kan..haaaa...so,fieza campur...secubit pon da cukup...
 Then,bile fieza jumpe sume bahan2 ni,fieza pon campur la sume nye...then pakai cam masker...tunggu kering n cuci la macam biasa..senang kan..
tak payah belanja mahal untuk beli masker kat pasaran sekarang..lagipon selamat,xde bahan kimia...
1st time ni fieza cuba n hasil nye fieza rase kulit fieza lembut...
nak taw hasil nye camne..cuba la amal kan...
InsyaAllah..memuaskan..

so..selamat mencuba (^_^*)

#indahnye ciptaan Allah..bahan masakan pon ley guna sebagai bahan kecantikan... :)



Thank sudi baca entry Fieza!!Like if kowang suke k :)

Tuesday, 26 February 2013

PENANG!!! I'm BACK!!!!!!!


#feriii!!!!lame x naik ni...windu nk kire brape byk obor2 sementara sampai jeti pulau pinang..weee~~~


 #arrrggghhhhh!!!rindu nye tempat ni...kalo nak taw ni pmndangan kat jeti...dr jauh da nmpk Bangunan Komtr..da dekat2 ngan rumah fieza dulu..Desa Pinang 2...miss that place!!!


#cantik x???ni la yang slalu Fieza tengok malam2 mase kat Penang...rumah plak dekat ngan laut...so santai tepi laut malam2...best sangat


#cantik x??cantik x???cantik x????!!!!! jambatan Penang time malaam..hahaha...lepak2 tepi laut smbil tgok jambatan malam2..best gile

AAAARRRGGGGHHHH!!!!!!
xcited nye rse...esok nak g penang...lame da x g cini....even baru bap bulan tinggal kan penang ni..tapi ni la tempat yang banyak tinggal kan memori pahit manis....kat cini la Fieza kenal erti musuh & sahabat..erti semangat setia,persahabatan...segala nye kat sini...

#ni la kolej fieza study mase kat penang

seriously..mase 3 tahun lepas...fieza dapat taw kene study kat penang...sangat2 x suke....Fieza mohon SPA8 n dapat nursing...mase dulu kan budak hingusan lagi...so owang kate bile da mintak SPA x boleh tolak..haaa...jadi ngan lurus bendul nye pon fieza terima....n  mase terima tu ingat kan fieza di hantar kat kolej jururawat kerajaan...rupe nye x....fieza di hantar ke KDU sebab outsearching student...so fieza ngan 22 owang kawan yang lain pon kene la tinggal kat hostel yang boleh dikire cm umah sewa...


#desa pinang 2...hostel ku :)

p/s:to  be continue after im back from penang...
nak g cari tiket untuk esok..
doakan fieza selamat ye




Thank sudi baca entry Fieza!!Like if kowang suke k :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...